HOW TO USE THIS GEOPORTAL/Bagaimana menggunakan geoportal ini
GeoPortal ini mengumpul maklumat berasaskan lokasi (peta) dan cadangan bantuan yang diperlukan berkaitan krisis banjir yang sedang berlaku di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Laporan ini disumbangkan oleh orang awam, sukarelawan dan juga warga UTM yang prihatin.
Melalui geo portal ini, anda boleh
1) membuat laporan lokasi kejadian, lokasi pusat pengumpulan bahan bantuan (beserta gambar jika ada), lokasi cadangan bantuan diperlukan, lokasi pergerakan team sukarelawan, lokasi bantuan telah diberikan dengan dua cara:
Cara Pertama: Klik Tab Submit A Report atau
Cara Kedua: Klik di bahagian 'How to Report' dan klik pada menggunakan
pautan(Link)' By Filling this form in our website'.
Lokasi kejadian boleh dibuat dengan pin point LOKASI KEJADIAN di atas peta yang disediakan.
2) membuat PENGESAHAN terhadap laporan yang dibuat (berdasarkan pengalaman sebenar, berita, pembacaan dan lain-lain sumber) di Bahagian Report, dan klik pada tajuk report (cth: Kuala Krai) dan klik pada pautan CREDIBILITY, klik arrow UP (untuk pengesahan laporan itu benar), arrow DOWN (untuk pengesahan laporan itu tidak benar) dan klik Butang SUBMIT
3) membuat laporan ketika berada di lokasi kejadian
menggunakan aplikasi Android dan iPhone. Sila klik TAB ' MANUAL MUAT TURUN APLIKASI MOBILE UTM PRIHATIN' yang disertakan di paparan UTAMA atau layari http://fght.utm.my/hawani untuk mendapatkan langkah mudah memuat turun aplikasi mobile tersebut ke telefon anda.
